Saturday, November 5, 2011

Gambar atuk masa terima pingat

Atuk terima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) ne pada tahun 1994 di Dewan Teluk Datok.

Atuk mula berkerja pada umur 15 tahun dengan gaji 2.20 sen sehari bermula pada 25.05.1955. Masa tu kerja banyak jadi kebetulan abang atuk (wak min) pun kerja di Jabatan Pertanian Teluk Datuk. Sebulan gaji atuk dalam RM50 dan masa tu boleh la tahan besar.

Atuk kerja di Jabatan Pertanian Jenjarum selama 7 tahun sebelum pindah ke Bukit Bangkong pada tahun 1972 selepas peristiwa 13 Mei.

Atuk pencen pada tahun 1994 selepas berkhidmat selama 39 tahun.

Gambar atuk masa terima pingat

Atuk terima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) ne pada tahun 1994 di Dewan Teluk Datok.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2011

Hari masak-masak sempena Hari Raya Aidil Adha di rumah atuk dan nenek di Bukit Bangkong mengumpulkan beberapa orang adik beradik. Tak ramai yang balik mungkin disebabkan komitmen keluarga masing-masing.

Mana-mana yang free tu balik la jengah kampung kejap.

Sunday, October 16, 2011

Kenduri Kawin anak Kak Uji

Sekitar Majlis Perkahwinan anak lelaki dan anak perempuan kak uji. meriah sungguh macam satu shah alam turun datang ke kenduri kak uji ne. khemah berderet rasanya ada 13 buah semuanya siap ada penanggah baju kaler biru lagi.

Tahniah kak uji dan abang rashid kerana menerima ahli keluarga yang baru







Wednesday, October 5, 2011

selamat berangkat kak ani, tasya dan irfan

setelah sebulan bercuti di Malaysia, kak ani terbang balik ke US pada 1 oktober yang lalu bersama tasya dan irfan.


Sunday, September 25, 2011

Kenduri Kawin anak kak syima

Memenuhi jemputan dari kak syima anak sedara belah mak di Serdang Raya. Alhamdulilah jumpa juga rumah pengantin pempuan. Meriah siap dengan karaoke session oleh pengantin semasa ketibaan kami.

Selamat Pengantin Baru Yurna dan pasangan semoga kekal hingga ke anak cucu.

Saturday, September 24, 2011

Sambutan Hari Raya 2011: Rumah Terbuka Yazid part 2

ramai yang datang. semua makanan dimasak oleh kak siti dan abang rahim. siap tebar roti canai 300 biji. fuhh





Sambutan Hari Raya 2011: Rumah Terbuka Yazid

wah plan nak panggil sikit-sikit lama-lama dah jadi grand kanyon giler besar. Ajid seperti biasa kekepohan menguruskan rumah terbukanya. hahahah..jangan marah my brother




Sunday, September 18, 2011

Sambutan Hari Raya 2011: Beraya rumah Jep..sambungan




Sambutan Hari Raya 2011: Beraya rumah Jep

Seperti tahun-tahun lepas, sambutan hari raya tidak akan bermakna sekiranya tidak berkumpul dirumah adik beradik. Sambutan diteruskan dengan open house di rumah jep.






Sunday, September 11, 2011

Sambutan Hari Raya 2011: Beraya di rumah Pak Long

Seperti biasa hari raya tour akan berakhir di rumah Ayem atau Paklong kepada anak buah yang lain. tarikan disini: kena la cuba mee sanggul yang sungguh istimewa.




Sambutan Hari Raya 2011: Beraya di rumah wok

plan asalnya hanya beraya secara sendirian dah jadi besar-besaran apabila keluarga noni, uji dan ajid join kat rumah wok.